Terdapat dua sebab utama kenapa anak anak kita masih lagi tidak dapat meninggalkan tabiat minum susu melalui botol. Ini kerana dia merasa selesa dengan amalan itu dan akhirnya, dia dapati botol susu adalah objek yang melekakan dan selesa digunakan apabila berada di bilik tidur.
Sebab kedua adalah pilihan itu telah menjadi satu tabiat yang telah menjadi ‘darah daging’ dalam diri si kecil. Fasa memisahkan tabiat minum susu botol perlu ada penggantinya kerana tempoh ini merupakan satu masa yang agak kritikal bagi anakanak.
Salah satu cara yang mungkin dapat membantu para ibu ialah anda perlu mencari satu masa yang benar-benar sesuai dan minta kerjasama daripada si kecil anda untuk menjayakan fasa ini.

Dr. Fadzillah menambah, sekiranya menggunakan paksaan, ia boleh meninggalkan kesan emosi terhadap anak-anak. Pada satu tahap, ia boleh menjejaskan bentuk pemakanan mereka.
“Tengok masa yang sesuai untuk memperkenalkan fasa ini. Sekiranya ada peristiwa atau kejadian tertentu dalam keluarga, misalnya pindah rumah ataupun ada kelahiran dalam keluarga, sebaik-baik tangguhkan buat sementara waktu latihan ini.
“Family stress boleh meninggalkan kesan ke atas emosi anak dan ini boleh menyebabkan tempoh peralihan ini tidak berjaya,” nasihatnya.