Juadah talam berlauk antara variasi talam yang sangat popular. Tidak menggunakan banyak bahan, ia amat mudah dan ringkas untuk disediakan. Jom ikuti resipi talam berlauk serunding yang sedap dan lazat ini.

BAHAN -BAHAN
300 gm tepung gandum
150 gm tepung beras
6 cawan santan
1 sudu kecil serbuk lada sulah
50 gm udang kering -kisar
5 ulas bawang merah -hiris
3 ulas bawang putih -hiris
3 tangkai daun sup -hiris
3 tangkai daun bawang -hiris
2 tangkai cili merah -hiris halus
80 gm telur dadar -hiris
80 gm serunding daging
80 gm bawang goreng

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Satukan tepung gandum dan tepung beras.
  2. Masukkan santan, gaul rata dan sebati. Boleh juga jika dikisar halus.
  3. Kemudian masukkan serbuk lada sulah, udang kering, bawang merah, bawang putih, daun sup dan daun bawang. Sebatikan adunan.
  4. Tuangkan adunan di dalam loyang bulat. Kukus selama 30 minit.
  5. Selepas itu taburkan dengan hirisan cili merah, telur dadar, serunding dan bawang goreng. Kukus semula selama 10 minit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram