Beginilah keadaan di pusat pemindahan sementara (PPS) Taman Seri Muda, Shah Alam, 22 Disember lalu. Setakat pagi ini, hanya 1,227 mangsa masih di PPS iaitu di Johor dan Melaka. GAMBAR hiasan: Abd Razak Aid

JUMLAH mangsa banjir di Johor dan Melaka terus menunjukkan penurunan setakat pagi ini.

Di JOHOR, jumlah mangsa mencatatkan 1,227 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,154 orang petang semalam, dengan 26 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan berkata empat daerah masih terjejas banjir dengan Muar merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 547 orang, Segamat (417), Tangkak (182) dan Batu Pahat (81).

Beliau berkata satu stesen sungai mencatat paras bahaya iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar, manakala satu lagi stesen sungai mencatat paras amaran iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat.

Baca: KPLB terima lebih 300 permohonan pembaikan rumah pasca banjir di Bukit Changgang

Katanya setakat ini, hanya satu daerah di negeri berkenaan dilaporkan mendung iaitu Mersing, namun keadaan cuaca di sembilan daerah lagi iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Segamat, Pontian, Kluang, Kota Tinggi, Tangkak dan Kulai dilaporkan cerah.

Di MELAKA, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata mangsa banjir di negeri itu berkurangan kepada 69 mangsa daripada 21 keluarga pada 8 pagi ini berbanding 112 mangsa daripada 33 keluarga pada 4 petang semalam.

Beliau berkata kesemua mangsa kini ditempatkan di dua PPS di Jasin.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram