Cara terbaik untuk membersihkan sistem tubuh badan adalah dengan meminum air yang banyak serta mengamalkan air detoks.

Detoks boleh dilakukan dengan beberapa resipi bahan yang dicipta untuk membersihkan badan, meningkatkan tenaga dan membantu menurunkan berat badan secara drastik.

Bahagian satu akan berkongsi 10 resipi detoks yang berkesan dan menyelerakan.

Sebelum kita sumbat yang entah apa-apa ke dalam perut..kita Detox dulu..

Lemon
Halia
Madu
Air Panas

Cara :
Buang kulit halia hiris nipis,campurkan dengan Jus lemon dan Air panas. Biarkan suam dulu baru campur madu. Minum.
Betik+Apple+Carrot-Timun. Kisar dan minum.
Kiwi+halia+buah naga+tembikai cina. Kisar dan minum.
Pisang Dole+Kurma. Kisar dan minum.
Capsicum+Carrot+Timun+Tomato. Kisar dengan sedikit air dan minum.
Serai+Halia+Lemon+Madu. Halia hiris nipis, serai ketuk dulu, perah lemon jus. Campur semua dengan air panas, tunggu suam dan baru minum.
Mangga+kiwi+strawberry+plum. KIsar dengan sedikit air dan minum.
Plum+Oren+Kiwi+Strawberry. Kisar dengan sedikit air dan letakkan Chia Seed.
Ketagih dengan Smoothies..best uolls. Kulit jadi Lembab.
Timun+Halia+Tomato+Oren. Kisar dengan sedikit air dan letakkan Chia Seed dan minum.
Bukan nak kurus tapi nak sihat.
Plum+mangga+Buah naga+Kurma. Kisar semua bahan dengan sedikit air dan letakkan Chia Seed.

Sumber : Atie Jumaat