Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi nasi cendawan yang menyelerakan ini. Sangat senang dan bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
300 gm cendawan tiram – hiris halus
200 gm cendawan tiram – kisar
1 kg beras
3 ulas bawang putih – hiris
10 ulas bawang merah – hiris
3 helai daun pandan
3 batang serai – ketuk
1 tin susu cair
3 cm halia
Air mengikut sukatan beras
Minyak untuk menumis
Garam & gula

BAHAN REMPAH
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

CARA MENYEDIAKAN

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau dan garing. Masukkan serai, daun pandan, susu cair, garam serta gula. Kacau rata.
  2. Kemudian masukkan beras dan sesuaikan sukatan airnya. Masukkan pula cendawan yang telah dikisar.
  3. Tanak seperti biasa. Apabila nasi sudah separuh masak, masukkan cendawan tiram yang telah dihiris. Tanak sehingga nasi masak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram