Bagi mereka yang gemar makan roti, apa kata cuba resipi roti bantal yang sangat lembut dan sedap ini. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN:
600 gm tepung gandum berprotien tinggi
50 gm gula kastor
1 sudu besar yis
1 sudu kecil garam
1 sudu besar pelembut roti (elmusifier)
400 ml air sejuk
2 sudu besar susu tepung
40 gm mentega

CARA:
1.Pukul yis, gula, pelembut roti dan garam sehingga kembang
2.Kemudian masukkan susu tepung dan mentega, pukul selama 3 minit.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar selama 10 minit. Berhentikan selama 5 minit dan sambung kembali putar selama 20 minit.
4.Angkat dan uli selama 5 minit. Potong doh dan masukkan dalam bekas yang disapu mentega terlebih dahulu. Rehatkan selama sejam dan tutup dengan kain.
5.Bakar selama 20 minit pada suhu 200oC.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram