PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan semua pihak supaya jangan sesekali alpa walaupun negara telah berada di tangga ke-13 dalam Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei Asia daripada 122 negara lain.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut menasihatkan seluruh rakyat sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat di sekeliling.

Ismail Sabri turut merakamkan tahniah kepada semua Keluarga Malaysia atas kerja keras dan semangat penyatuan dalam menempuhi pandemik COVID-19 bersama-sama.

“Alhamdulillah, Malaysia memperoleh 66.5 mata dalam Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei Asia yang tertinggi bagi negara ASEAN dan tangga ke-13 daripada 122 negara atau wilayah.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia termasuk wira-wira kita iaitu #frontliners yang bertungkus lumus memelihara rakyat dan negara daripada ancaman wabak COVID-19 ini.

“Ya, kita berada dalam tempoh pemulihan negara daripada musuh dunia ini iaitu COVID-19. Pelbagai cabaran dan dugaan sudah kita tempuhi, namun semangat sebagai sebuah keluarga perlu senantiasa utuh demi mencapai kemakmuran bersama,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Enam pendekatan konservasi Harimau Malaya – PM

Ahad lalu, media melaporkan Malaysia berada di kedudukan ke-13 daripada 122 negara atau wilayah dalam Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei yang mengukur tahap pemulihan sesebuah negara daripada pandemik COVID-19.

Malaysia memperoleh 66.5 mata dalam indeks oleh Nikkei Asia, yang tertinggi bagi negara ASEAN selepas mengambil kira aspek pengurusan jangkitan, pelaksanaan pemberian vaksin dan mobiliti sosial.

Nikkei Asia melalui ciapan di Twitter menyatakan kedudukan yang lebih tinggi bagi sesebuah negara atau wilayah dalam indeks berkenaan menunjukkan ia semakin hampir kepada pemulihan dengan jumlah kes COVID-19 yang rendah, kadar vaksinasi yang lebih baik dan langkah penjarakan fizikal yang kurang ketat.

Bahrain berada di kedudukan teratas dalam indeks tersebut dengan 82 mata, diikuti Chile (76.5 mata), Taiwan (75.5 mata), Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan 75 mata dan China 74.5 mata.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram