kentang

Bila sebut sahaja kentang, pasti ramai yang kenal dan pernah makan hidangan berasaskan kentang. Kentang merupakan tanaman keempat terbesar di dunia selepas beras, gandum dan jagung.

Kentang terkenal dengan kandungan karbohidratnya yang tinggi, sebab itu ia boleh mengenyangkan. Karbohidrat dalam kentang kebanyakannya terdiri daripada kanji selain dari beberapa vitamin dan mineral penting.

Kali ini SAJI kongsikan 10 fakta menarik tentang kentang yang perlu anda tahu!

  1. Kentang adalah tanaman yang sangat mudah tumbuh dan diselenggarakan. Ia adalah tanaman keempat paling banyak ditanam di dunia selepas gandum, padi dan jagung.
  2. Negara China merupakan negara pengeluar kentang yang terbesar di dunia. Hampir sepertiga pengeluaran kentang dunia dihasilkan di negara China dan India.
  3. Buat masa ini, terdapat hampir 4000 jenis kentang. Namun tidak sampai seratus jenis yang popular dan sering digunakan.
  4. Setiap tumbuhan ubi kentang boleh menghasilkan sehingga 20 biji kentang untuk satu pokok.
  5. Saiz paling besar, sebesar limau bali dan paling kecil, sekecil buah anggur. Berdasarkan rekod Guinness Book of World Records, kentang paling besar adalah seberat 38 kilogram.
  6. Ubi yang ditanam mesti ditutup dengan tanah sepenuhnya bagi mengelakkan ia jadi hijau dan pahit apabila terdedah kepada cahaya matahari. Ubi kentang yang bertompok hijau ini mengandungi solanine yang pahit dan berkemungkinan beracun!
  7. Ubi kentang sebaik-baiknya dimakan tanpa dibuang kulitnya kerana vitamin & mineral terdapat betul-betul di bawah kulit ubi kentang.
  8. Ubi kentang boleh jadi punca kegemukan? Fakta itu tidak tepat kerana jumlah lemak ubi kentang adalah di bawah paras 25 peratus dan membekalkan karbohidrat kompleks manakala kandungan kalorinya adalah rendah, malah dikenali sebagai bahan makanan yang bebas kolesterol.
  9. Selain potassium, ubi kentang juga kaya dengan vitamin C yang mampu membekalkan setengah daripada keperluan vitamin C tubuh manusia. Tetapi vitamin ini akan hilang sekiranya ia direbus, jadi cara kukus adalah lebih baik.
  10. Ubi kentang ditanam di lebih 125 negara seluruh dunia. Malahan pada tahun 1955, ubi kentang telah dibawa ke angkasa oleh kapal angkasa Columbia dan menjadi tanaman makanan pertama yang dapat tumbuh di ruang angkasa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram