Dr Noor Hisham Abdullah

SEBANYAK 3,346 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, turun 338 jangkitan berbanding semalam.

Jumlah kes yang direkodkan hari ini merupakan kedua tertingi untuk tempoh sepanjang minggu ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, keseluruhannya sebanyak 2.8 juta kes COVID-19 telah dilaporkan di Malaysia.

“Pada 14 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,346 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,802,263 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Baca: 3,684 lagi kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini

3,198 kes baharu COVID-19

Sementara itu, dalam satu hantaran berasingan, Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 13 Januari untuk seluruh negara adalah 1.0.

Kuala Lumpur mencatatkan Rt tertinggi dengan 1.08 diikuti Sabah (1.07), Putrajaya (1.05) dan Melaka (1.02).

Terendah pula direkodkan di Terengganu (0.79), diikuti Sarawak (0.91).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram