Johor Darul Ta’zim FC (JDT) mengumumkan kehadiran bekas pemain pasukan Serie A Udinese, Fernando Forestieri bagi mengharungi Liga Malaysia dan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL), musim ini.

Pengumuman itu dilakukan menerusi video berdurasi 44 saat yang dimuat naik dalam semua media sosial Johor Southern Tigers.

Dalam video tersebut, Forestieri dibawa dengan sebuah limosin ke ibu pejabat JDT di Iskandar Puteri.

Kehadiran pemain kelahiran Rosario, Argentina itu disambut Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards dan jurulatih, Benjamin Mora.

Forestieri jelas tidak dapat menyembunyikan keterujaannya setelah menyertai juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu.

“Saya telah mendengar dan melihat banyak perkara mengenai projek di JDT.

“Saya membuat keputusan inilah hala tuju saya. Saya teruja memulakan perjalanan ini,” katanya dalam kenyataan dalam video berkenaan.

Baca artikel berkaitan: TAHNIAH! KL City muncul juara Piala Malaysia, JDT gigit jari

Forestieri, 31, sebelum ini beraksi bersama-sama Udinese dalam saingan di Serie A.

Namanya amat disanjungi peminat Sheffield Wednesday di England selepas menghabiskan lima tahun di kelab tersebut antara 2015 hingga 2020.

Sebelum bermain di Sheffield Wednesday, pemain yang pernah menyertai skuad bawah 21 tahun Itali itu juga beraksi bersama Watford.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram