Pendaki solo negara, Khairil Aslan Ab Rasid akan memulakan ekspedisi siri kayuhan solo Fatbike menjelajah Semenanjung Malaysia selama 40 hari bermula 13 Januari 2022.

Menurut Aslan, ekspedisi sejauh kira-kira 2200 kilometer akan bermula di Greenwood, Gombak dan berakhir di Puchong selepas melalui 55 perhentian seluruh Semenanjung.

“Selain cuaca, keadaan basikal yang berat dan juga struktur geografi Malaysia ini turut memberi cabaran besar untuk saya menyelesaikan misi ini. Pengalaman saya di sebelah Pantai Timur adalah situasi yang melibatkan arah angin.

Khairil Aslan memulakan kayuhan pertama di acara flag-off di Pejabat Urusan Ana Global Ventures, Greenwood. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Jika perjalanan yang dilalui itu mengikut arah laut, perjalanan saya kebiasaannya lancar, namun jika situasi sebaliknya. Ini yang akan menjadi masalah dan menyukarkan perjalanan ekspedisi yang telah dirancang, ia seumpama kita mengayuh namun tidak bergerak sama sekali,” katanya ketika ditemui di acara flag-off di Pejabat Urusan Ana Global Ventures, Greenwood.

Siri kayuhan ini merupakan antara misi pemanas badan sebelum memulakan pendakian  Projek G3 8000ers 2023, latihan untuk projek pendakian 8000ers G3 dan pengenalan kepada basikal yang pernah digunakan semasa merentasi Chadar Glasier, Utara India menggunakan basikal pada suhu -35C.

Kumpulan Ana Global Ventures selaku penaja menerusi dua anak syarikat, Ezmeals MRE dan Qaseh Health Resources (QHR). GAMBAR: Abd Razak Aid

“Jadi, saya menyasarkan kayuhan solo mengelilingi Malaysia dengan Fatbike, satu-satunya basikal bertayar besar yang pernah basikal pertama dunia ke Chadar Glasier, Utara India dengan suhu minus 35 darjah Celcius. Saya mensasarkan 35 sehingga ke 40 hari untuk kayuhan ini kerana kita sedia maklum bukan mudah nak berbasikal Fatbike di atas jalan raya dengan tayar paling besar bersaiz 505,” katanya.

Misi ini turut menyaksikan Kumpulan Ana Global Ventures selaku penaja menerusi dua anak syarikat, Ezmeals MRE dan Qaseh Health Resources (QHR) yang akan turut bersama dalam penjelajahan ini.

Khairil Aslan bersama kumpulan pengurusan Ana Global Ventures Sbd Bhd. GAMBAR: Abd Razak Aid
GAMBAR: Abd Razak Aid