POLIS menjalankan siasatan berhubung satu perhimpunan menggunakan tanda pagar #TangkapAzamBaki yang tular di media sosial sejak semalam.

Tanda pagar itu melibatkan satu poster perhimpunan yang didakwa akan diadakan di ibu negara, Sabtu depan bagi mendesak tangkapan ke atas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap.

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, maklumat untuk mendapatkan pengesahan berhubung perhimpunan itu sedang dikumpul pihak polis.

“Saya pun baru terima maklumat mengenai perkara itu. Siasatan giat dilakukan.

“Saya belum dapat memberi pengesahan pihak yang menularkan poster itu dan sama ada perhimpunan itu akan diadakan atau sebaliknya,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Satu poster perhimpunan dengan tanda pagar #TangkapAzamBaki telah tular terutama dalam laman Twitter sejak semalam.

Baca artikel berkaitan: Mahkamah tetap 15 Feb sebagai pengurusan kes saman fitnah Azam Baki

Poster perhimpunan itu memaparkan desakan supaya Azam ditangkap dan SPRM dirombak didakwa akan diadakan di ibu negara pada 22 Januari depan.

Azam dalam satu sidang akhbar 5 Januari lalu menegaskan tohmahan ke atasnya sebagai satu penipuan besar pihak tertentu untuk memberi persepsi negatif yang direka untuk menjatuhkan reputasinya dan SPRM.

Sambil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan, Azam berkata, beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencemarkan reputasinya.

Menjawab berhubung isu saham, Azam berkata, beliau sudah menjelaskan perkara berkenaan kepada panel LPPR bahawa akaun saham miliknya digunakan oleh adiknya untuk membuat urus niaga.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram