Sajian makanan laut sememangnya hidangan yang digemari ramai. Ia boleh dipelbagaikan gaya masakannya. Jom cuba resipi lala tumis tomyam yang dikongsi oleh Imelda ini. Pasti puas hati.

BAHAN-BAHAN
500 gm lala
2 batang serai | dititik
3 sudu besar pes tomyam
3 tangkai cili padi | dihiris nipis
Air secukupnya
Sedikit daun limau purut
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan kuali dan tumis serai dengan sedikit minyak.
  2. Kemudian masukkan pes tomyam dan tumis sehingga naik bau.
  3. Setelah itu, masukkan lala dan cili padi serta kacau agar kesemua bahan mesra.
  4. Masukkan air dan tutup kuali seketika untuk memastikan lala betul- betul masak.
  5. Masukkan daun limau purut dan tutup api apabila lala sudah masak.
Resipi: Imelda Maya Harris

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram