PENYANYI Aishah antara individu yang tersenarai sebagai penerima darjah kebesaran bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan ke-74 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhkhriz Tuanku Munawir, hari ini.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin,57, menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah.

Penyanyi Janji Manismu itu dijadualkan menerima penganugerahan itu pada 22 Januari hadapan.

Seramai 410 individu dalam senarai penerima anugerah kebesaran yang didahului oleh Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd. Zain yang dikurniakan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SNSS) sekaligus membawa gelaran Datuk Seri.

Selain itu, Ahli Dewan Negara Senator Dr Ahmad Azam Hamzah, Pengarah Urusan & Rakan Operasii McDonalds Malaysia, Azmir Jaafar dan Pakar Perunding Kardiologi Dr.Asri Abdullah Ramaiah turut dikurniakan pingat DBNS.

Aishah yang merupakan anak kelahiran Jempol, Negeri Sembilan, mula aktif dalaam industri nyanyian pada era 80-an bersama Aishah and The Fan Club dari New Zealand.

Pada 1990, lagu nyanyiannya iaitu Janji Manismu telah dinobatkan sebagai Juara Lagu dalam Anugerah Juara Lagu.

Malah, Aishah pernah merangkul gelaran Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular pada 1990,1991 dan 1992.

Pada 2017, Aishah bergelar juara program realiti Gegar Vaganza musim keempat.