Cara terbaik untuk membersihkan sistem tubuh badan adalah dengan meminum air yang banyak serta mengamalkan air detoks.

Detoks boleh dilakukan dengan beberapa resipi bahan yang dicipta untuk membersihkan badan, meningkatkan tenaga dan membantu menurunkan berat badan secara drastik.

Bahagian dua akan berkongsi 10 resipi detoks yang berkesan dan menyelerakan.

Dragon Fruit+Chia seed.
Siap detox untuk malam nanti sebelum nak tidur..peram dulu 10 jam..Woww!!! 
Oren 1 biji – hiris nipis
Lemon 1 biji – hiris nipis
Lemon 1 biji – Perah jus
Green Tea 1 uncang – rendam air panas
Campur semua sekali dalam satu botol dan penuhkan air. Peram selama 10 jam.
Siapa nak kurus buat detox nii..amalkan.
Salari 1 batang
Daun pudina
Lemon jus 1 biji
Kisar dengan satu gelas air dan terus minum.
Cuba dalam sebulan, tak perlu beli apa-apa barangan kehendak lain, sebaliknya cuba borong buah-buahan. Seronok.
Carrot+Tomato+Halia+Salari+Timun. Kisar dengan sedikit air.
Okey siap detox untuk pagi esok..peram selama 20 jam. Sejak amalkan detoks, muka jadi kemerah-merahan. Detoks memang tak sedap tetapi kalau sayangkan kesihatan, tolong amalkan.

Halia 2 ketul
Asam gelugor 20 keping
Limau nipis 2 biji (hiris nipis)
Lemon 1 biji (hiris nipis)
Madu 1 sudu

Satukan dengan tiga g las air dan peram semalaman dalam peti ais. Minum sekali gus!
Dalam banyak2 Smootheis..Delima dan Kurma gabungan paling sedap. Selepas dikisar, tapis dan kacau dengan sudu. Buang hampas biji delima dan taburkan Chia Seed.
Avocado+Plum+Manggo+Kurma. Kisar dengan air dan minum.
Terus terang sejak amalkan detox badan rasa ringan. Bila makan perut rasa selesa sangat. Dan paling best selera makan dah kurang..Detox ni dah berjaya lawan nafsu makan. Awal-awal nak mulakan memang seksa, namun dah paksa diri.. lhamdulillah hasilnya Superb.

Detox paling best. Rasa pun sedap. bila minum rasa nak lagi… nak lagi.. tak caya cubalah

BAHAN-BAHAN
••••••••••••••••
Lemon 1 biji
Halia 1 ketul
Bawang putih 10 biji
Kurma 4 biji
Madu 3sb
Apple cider 4sb

•Cara :
Hiris semua bahan (tengok gambar). Pastu campur je semua sekali..Kisar sampai halus..Pastu simpan dalam peti ais.
Masa nak minum ambik 4 sudu..campur air sikit..kacau-kacau dan minum. Amalkan pagi dan malam. Sesuai untuk perut buncit dan angin dalam badan.
Apple+Peria Katak+Madu. Ambil sebiji dan kisar halus dengan satu gelas air. Minum.

Khasiat peria katak:
Merawat darah, mata dan kencing manis

Khasiat Apple Hijau:
Boleh mengawal nafsu makan

Sumber : Atie Jumaat