Sedapnya kuih bingka kentang ini. Sesuai dijadikan sajian sarapan atau minum petang keluarga. Cara membuatnya mudah dan tidak renyah. Bahan-bahan pun mudah didapati. Jom cuba resipi bingka kentang yang dikongsi oleh Noorliza Kamarudin ini.

BAHAN-BAHAN
5 biji ubi kentang – saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 cawan gula
3 sudu makan mentega
3 biji telur
2 sudu besar bijan – goreng tanpa minyak
Sedikit pewarna kuning
Sedikit garam
Sedikit minyak masak – sapu pada loyang

CARA MENYEDIAKAN
1.Rebus kentang sehingga empuk. Tuskan airnya.
2.Masukkan kentang dan santan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
3.Masukkan semua bahan lain kecuali bijan ke dalam pengisar. Kisar lagi hingga sebati.
4.Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Sapukan minyak di sekeliling loyang 7×7 inci.
5.Tuang rata bahan yang dikisar tadi dalam loyang dan taburkan bijan di atasnya.
6.Bakar selama 60 minit atau sehingga masak.
7.Biarkan kuih betul-betul sejuk dan potong.

Resipi: Noorliza Kamarudin

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram