stew daging

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi stew daging yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN
500 gm daging | rebus
1 labu bawang Holland
1/2 biji lobak merah | potong dadu
1 biji kentang | potong dadu
5 ulas bawang putih
2 biji tomato
2 sudu besar pes tomato
1 sudu herba campuran
2 helai daun bay
1 sudu besar lada hitam
3 sudu besar serbuk sos perang
1 cawan air

CARA:
1.Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, bawang Holland, daun bay, tomato dan lobak merah serta kentang. Masak hingga naik bau.
2.Lepas itu masukkan pes tomato dan tumis hingga tomato hancur. Kemudian baru masukkan daging.
3.Masukkan herba campuran dan secubit garam. Akhir sekali baru masukkan secawan air. Tinggalkan sedikit air dan bancuh dengan serbuk sos perang.
4.Apabila sudah sebati, masukkan dalam masakan untuk memekatkan kuah stew daging. (Jika nak pedas lagi bolehlah masukkan beberapa tangkai cili padi).

Resipi: Cef Mohd

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram