SABAN tahun semestinya peminat industri seni Korea Selatan memaparkan drama dan filem yang menjanjikan jalan cerita menarik dan luar biasa.

Bukan sahaja genre percintaan, aksi dan seram yang ditunggu-tunggu oleh peminat, bahkn rancangan yang berunsurkan ‘thriller’ zombi turut menjadi pilihan penonton yang pastinya akan membuatkan anda tidak senang duduk.

Jom! URTV bawakan lima karya terbaik Korea Selatan yang bertemakan zombi untuk anda layan di waktu lapang.

Kingdom

Drama Kingdom ini merupakan adaptasi daripada komik bersiri manga ‘The Kingdom of the God’ yang mempunyai latar berlakang zaman lampau Korea yang dikenali sebagai dinasti Joseon. Kisah ini menceritakan tentang Lee Chang, Putera Mahkota Joseon yang cuba menyiasat penyakit misteri bapanya yang juga merupakan seorang Raja. Namun, Lee Chang terperangkap di tengah-tengah wabak yang membuatkan orang yang telah mati mampu hidup semula dan memakan darah manusia. Kingdom membawakan cabaran dan perjalanan Lee Chang dalam menyelamatkan kerajaan, negara dan rakyat daripada wabak tersebut serta menghalang pihak lawan politik yang mahu merampas takhtanya. Siri ini dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Ju Ji-hoon, Ryu Seung-ryong, Bae Doo-na dan Kim Sang-ho.

Sweet Home 

Siri Sweet Home antara yang dinantikan oleh peminat untuk kembali bagi musim kedua selepas mula ditayangkan pada penghujung 2020. Drama ini juga merupakan adaptasi daripada ‘webtoon’ yang bertajuk Sweet Home. Mengisahkan kejadian pelik yang menimpa Cha Hyun Soo selepas dia mula berpindah ke sebuah pangsapuri. Tidak lama kemudian, muncul raksasa yang datang untuk menghapuskan makhluk manusia sehingga menyebabkan mereka terperangkap di dalam bangunan pangsapuri itu. Drama hit ini membawakan kisah dan halangan yang dihadapi oleh mereka yang tinggal di dalam bangunan tersebut dengan harapan untuk bertahan sehingga bantuan penyelamat hadir. Drama ini dibintangi oleh Song Kang, Lee Jin-wook, Lee Si-young, Lee Do-hyun dan Go Min-Si.

Happiness

Happiness berkisarkan tentang kejadian malang yang berlaku setelah sebuah projek ubat dikenali sebagai ‘Next’ dipercayai untuk merawat penyakit Covid-19 telah gagal. Mereka yang makan ubat tersebut telah menghidapi penyakit yang dikenali sebagai Virus Rita atau penyakit orang gila. Mereka yang dijangkiti wabak ini akan mengalami serangan gila dan membuatkan nafsu untuk makan darah manusia semakin meningkat. Siri ini menunjukkan Pasukan Tentera dan Polis Korea Selatan yang bertungkus-lumus mencari penawar bagi membendung penularan wabak ini dengan melakukan perintah kuarantin. Ia dibintangi oleh pelakon Han Hyo-joo, Park Hyung-sik dan Jo Woo-jin.

Alive

Filem Alive mengisahkan tentang wabak virus yang aneh berlaku di Seoul sehingga menyebabkan keadaan bandar menjadi huru-hara. Oh Joon-wo yang terperangkap keseorangan di pangsapuri milik keluarganya terpaksa bertahan sementara menunggu bantuan tiba dengan berbekalkan makanan, minuman dan rangkaian internet. Oh Joon-wo mula bertemu dengan Kim Yoo-bin dan bekerjasama antara satu sama lain bagi melepaskan diri daripada menjadi mangsa zombi. Alive turut dilakonkan oleh pelakon terkenal, Yoo Ah-in dan Park Shin-hye.

All of Us Are Dead 

Siri yang bakal ditayangkan pada 28 Januari ini semestinya antara yang menjadi tumpuan peminat. Drama yang berdasarkan ‘webtoon’ popular bertajuk Now at Our School ini menceritakan tentang sekumpulan pelajar yang terperangkap di sekolah apabila jangkitan zombi menyerang secara tiba-tiba. Pelajar ini juga sedaya upaya meneruskan kehidupan mereka dengan melarikan diri daripada dijangkiti virus tersebut. Drama ini turut dibintangi Yoon Chan Young, Park Ji-hoo, Cho Yi-hyun dan Park Solomon.

Siri yang bakal ditayangkan pada 28 Januari ini semestinya antara yang menjadi tumpuan peminat. Drama yang berdasarkan ‘webtoon’ popular bertajuk Now at Our School ini menceritakan tentang sekumpulan pelajar yang terperangkap di sekolah apabila jangkitan zombi menyerang secara tiba-tiba. Pelajar ini juga sedaya upaya meneruskan kehidupan mereka dengan melarikan diri daripada dijangkiti virus tersebut. Drama ini turut dibintangi Yoon Chan Young, Park Ji-hoo, Cho Yi-hyun dan Park Solomon.