JAM berdenting di dinding menunjukkan pukul 3.12 petang. Winnie Wilkinson baru tersedar daripada tidur. Dia mengalami mimpi yang sungguh aneh.

Sebelum ini dia tidak pernah mengamalkan tidur pada waktu petang. Namun, pada musim panas pada tahun 1962, tengah hari itu, Wilkinson tidak dapat menahan matanya dari terlelap. Akhirnya dia tertidur pada waktu tengah hari.

Semasa tidurnya, wanita itu didatangi satu mimpi yang aneh bermula dengan ketukan pintu bertalu-talu.

Apabila dia membuka pintu rumahnya, muncul seorang perempuan tua yang tidak dikenali. Wilkinson bertanyakan kepada perempuan tua itu tujuan kehadirannya.

Lantas perempuan tua itu memberitahu bahawa bekas suaminya, Gordon Wilkinson telah meninggal dunia disebabkan berlaku kecelakaan menimpanya di tempat kerja.

Perempuan tua itu memberitahu, bekas suaminya itu terjatuh dari tangga dan meninggal serta-merta di tempat kejadian.

Sebaik perempuan tua itu memberitahu kejadian malang itu, Wilkinson terus tersedar dari tidurnya. Ketika itu dia melihat jam di dinding, tepat pukul 3.12 petang.

Mimpi aneh itu membuakan Wilkinson risau. Walaupun sudah berpisah dengan bekas suaminya itu, tetapi dia tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada Gordon.

Takut mimpi itu jadi kenyataan, Wilkinson terus membuat panggilan ke pejabat di mana  bekas suaminya itu bekerja.

“Gordon Wilkinson selamat puan! Jangan bimbang!” beritahu pekerja yang menjawab panggilan telefon itu. Wilkinson lega sejurus mendengar berita itu.

Namun, pada keesokan harinya, tepat pukul 3.12 petang, Wilkinson mendapat berita yang amat mengejutkan. Bekas suaminya disahkan telah meninggal dunia akibat terjatuh dari tangga.

Dalam kesedihan itu, Wilkinson turut berasa pelik. Ternyata mimpinya semalam bukan mainan tidur. Sebaliknya apa yang diberitahu oleh perempuan tua dalam mimpinya semalam benar-benar terjadi.

_________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen