Pegawai Kesihatan menyediakan suntikan Vaksin Covid 19 dos penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid 19, Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC), Shah Alam. GAMBAR: Abd Razak Aid

KES baharu COVID-19 menunjukkan penurunan ketara sebanyak 668 jangkitan apabila merekodkan sebanyak 2,342 penularan hari ini sekali gus merupakan jumlah terendah dalam tempoh 271 hari iaitu sejak 21 April tahun lalu.

Kadar dicatatkan itu juga adalah angka terendah sejak lima hari lalu yang mencatatkan angka melebihi paras 3,000.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan COVID-19 seluruh negara sejak wabak itu menular telah pun menjangkau 2.810 juta kes.

“Pada 17 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,342 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,810,689 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam media sosial.

Baca artikel berkaitan: COVID-19: 3,346 kes baharu, Rt 1.0

Bagaimanapun, Dr. Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan atau nilai R-naught (Rt) seluruh negara yang dilaporkan berdasarkan kes semalam naik sedikit kepada 1.00.

Paras tersebut naik berbanding 0.99 yang dicatatkan kelmarin.

Kebolehjangkitan tertinggi dilaporkan di Kuala Lumpur yang merekodkan 1.08 diikuti Negeri Sembilan (1.07) dan Sabah (1.05).

Sementara itu, hanya tiga kes dilaporkan di Perlis.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram