ayam boxing

Selalunya kalau nak makan ayam boxing ini mesti kita perlu beli diluar. Apa kata kali ini kita buat sendiri dirumah. Jom ikuti langkah demi langkah menyediakan juadah yang lazat ini.

BAHAN-BAHAN:
10 ketul kepak ayam
300 gm tepung gandum
2 biji telur
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk cili
Secubit garam
Sedikit gula

CARA:

1.Gunting tengah kepak untuk dijadikan dua ayam boxing. Potong di tengah-tengah daging hingga nampakkan tulang ayam.
2.Kemudian tarik semua daging dari atas ke bawah untuk membentuk seperti penumbuk (boxing). Untuk cantikkan boxing ini bersihkan lebihan daging yang terlekat di atas tulang ayam.
3.Masukkan ayam ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama garam, gula, serbuk cili dan serbuk kari ayam.
4.Dalam mangkuk yang lain, gaul tepung bersama sedikit garam, serbuk cili dan serbuk kari. Lumurkan ayam ke dalam tepung dan kemudian celupkan ke dalam telur. Masukkan ayam ke dalam tepung semula dan ayam sedia untuk digoreng.
5.Goreng sehingga masak dan garing. Angkat dan sedia dihidangkan.
Resipi: Cef Mohd

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram