SETELAH 25 tahun berada dalam gelanggang seni, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui ketika ini bukanlah waktu untuk bersaing dengan pelapis baharu.

Penyanyi yang baru menyambut ulang tahun ke-43 pada 11 Januari lalu itu hanya mahu terus kekal relevan dan konsisten.

Ibu kepada Siti Aafiyah Khalid dan Muhammad Afwa itu berkata demikian di majlis perjumpaan dan sambutan ulang tahun dirinya serta Sitizone di Magica Cheras Hall baru-baru ini. 

“Zaman sekarang bukanlah masa untuk saya bersaing lagi dengan artis muda. 

“Bukan era berlawan lagi. Saya hanya mahu kekal menyajikan lagu yang ‘best’, prestasi kerja yang bagus selain berkolaborasi dengan generasi baru,” katanya kepada URTV.

Penyanyi lagu Purnama Merindu itu juga memanjatkan kesyukuran kerana kesetiaan kelompok peminat Sitizone (digelar Sitizoner) terus utuh selepas 18 tahun ditubuhkan.

“Dalam tempoh lebih dua dekad ini, saya bersyukur kerana dikelilingi tunjang kekuatan yang jadi tulang belakang termasuklah rakan media dan peminat.

“Tak saya nafikan. peminat menjadi nadi penting kepada kerjaya saya. Cuma saya tak sangka pada usia kini dan 25 tahun jadi anak seni, peminat terus teguh menyokong.

“Saya fikir mereka akan berubah hati kerana ada lagi penyanyi yang hebat akan ambil alih. Ia jadi suntikan semangat untuk saya terus beri yang terbaik. Yang minat sejak dulu dan seusia bersambung sokongan itu kepada anak mereka,” ujarnya.

Tambah Siti lagi, banyak momen manis yang dikenang sejak adanya Sitizone.

“Mereka ada dengan saya waktu sukar dan duka. Kalau tengok filem dokumentari, Siti: Are You Ready? boleh lihat ada kelompok peminat yang sanggup pergi ke mana saja konsert saya diadakan.

“Malah, merentas luar negara pun mereka sanggup melabur duit biarpun jarang berjumpa dan berkomunikasi,” tuturnya.

Pada acara berkenaan penyanyi itu meminjam semangat juang karakter puteri Disney Mulan, 

seiring dengan tema Watak Dalam Filem Atau Drama.

“Mulan versi saya ini sopan sedikit. Versi berhijab. Saya pun suka watak hero seperti ini. 

“Saya selalu berangan ingin menjadi ketua atau pemimpin yang menerajui peperangan,” kongsinya.