Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghulurkan sumbangan bantuan kecemasan kepada suami seorang wanita yang dipenggal kepala oleh anaknya sendiri.

LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) mengambil inisiatif memberi bantuan kecemasan kepada suami mangsa yang dipenggal kepala oleh anak lelakinya sendiri di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor, Sabtu lalu.

LZS dalam hantaran di Facebook memaklumkan, agensi itu akan juga menyalurkan bantuan khairat kematian kepada suami mangsa.

Menurutnya, sumbangan itu dihulurkan bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung suami mangsa.

“Sebak, itulah perasaan kami ketika melangkah ke kediaman asnaf yang kehilangan isterinya akibat dipenggal anak ketika dalam pengaruh dadah.

“Pasangan ini merupakan salah seorang asnaf kami di Kuala Selangor.

“Kami masih ingat lagi keceriaan wajah mereka di majlis penyerahan rumah zakat tahun lepas. Kami mengharapkan pasangan ini selesa dan dapat memulakan kehidupan yang indah bersama keluarga,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel berkaitan: [VIDEO] Anak penggal kepala ibu dekat Kuala Selangor

Kelmarin, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa memaklumkan polis telah menahan seorang penganggur selepas disyaki memenggal kepala ibunya di rumah mereka.

Ramli memberitahu, pihaknya menerima maklumat mengenai seorang wanita berusia 56 tahun dicederakan anak lelakinya berusia 28 tahun pada kira-kira 5.45 petang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dalam sidang akhbar semalam memaklumkan suspek melakukan perbuatan itu ketika dalam pengaruh dadah.

Suspek juga dipercayai bertindak kejam ketika mahu meminta wang daripada ibunya untuk membeli dadah.

Suspek yang mempunyai rekod lampau membabitkan Seksyen 506 Kanun Keseksaan ditahan reman tujuh hari bermula 16 hingga 22 Januari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare