Bagi penggemar udang, resipi udang masak lada hitam ini antara yang harus anda cuba. Sangat senang dan bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN
500 gm udang
1 sudu besar sos lada hitam
1/2 biji lobak merah | hiris kasar
1 tangkai cili merah | hiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
1 labu bawang besar | hiris halus
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN TUMBUK HALUS
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

CARA MENYEDIAKAN
1.Udang dibersihkan dan tuskan airnya. Ketepikan.
2.Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan udang, sos lada hitam, bawang besar, sos tiram dan kicap pekat. Gaulkan rata.
3.Apabila sudah sebati, barulah masukkan lobak merah dan hirisan cili merah.
4.Jika perlu tambahkan garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan.

Resipi: Cef Irwan, The Cabin Langkawi

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram