Kos hidup semakin melambung tinggi, dengan nafkah RM50 sebulan, janganlah diharapkan si isteri mampu menyimpan sehingga hujung bulan.

Menurut perkongsian Firdaus Shakirin, perbelanjaan duit dapur untuk seminggu sahaja sudah mencecah sehingga RM300. Bukan kerana isteri boros dan tidak bijak berbelanja, sebaliknya harga barangan hari ini sudah meningkat naik.

Dan sebagai suami, fahami dan sentiasa periksa dompet isteri. Andai berkurang, tambahlah mengikut kemampuan.

“Semalam teman isteri beli barang mentah.

Saya pilih ikan, saya bagi orang tu timbang…dia pun lekatkan tanda harga pastu saya tengok.

2 ekor bawal, RM18.

Saya ambik ikan kembung, timbang, tebgok harga, RM25…ambik cencaru 4 ekor, RM15…saya ikut isteri ke bahagian sayur, ambik bendi, tomato, sawi, carrot, cili, timbang, tengok harga…saya congak dalam kepala harga semua barang tu, pastu ready untak pergi bayar.

“Ada apa-apa lagi tak?” Saya tanya dia.

Isteri kata takde cuma kejap lagi kena beli ayam kedai lain plak…ok, terus ke kaunter, bayar…semua yang isteri ambik, dalam RM90…then terus ke kedai ayam…sebelum dia turun, saya hulur RM50.

Pastu dia masuk balik, dia bagi dalam RM15.

“Ayam tadi berapa…?” Saya tanya…

RM35 untuk 2 ekor, saiz sedang…singgah kejap bang kedai cina depan tu, nak ambik minyak, santan, tepung sikit…saya hulur lagi RM50 sebelum turun kereta.

Dia naik kereta, dia bagi baki RM30…Total barang dia beli, yang memang dia perlu beli tu dalam RM20.

Sampai je rumah, saya kira balik,

Kedai ikan/sayur : RM90

Kedai ayam : RM35

Kedai runcit : RM20

Total : RM145

Itu sekali dia beli, belanja untuk guna maximum seminggu, minimum 4 hari…selalunya dan kebiasaannya, seminggu 2x kluar belanja barang mentah…jadi anggaran dalam RM300 seminggu utk barang mentah SAHAJA.

Setiap kali dia ckp “ESOK NAK KELUAR BELI BARANG”, maka setiap kali tu lah saya topup beg duit dia…letak RM100 – RM150, selit plak lagi RM50 untuk spare kalau tak cukup.

Lepas balik keje, saya tengok baki dalam beg dia, saya topup lagi setakat mana yang ada dalam beg sendiri.

Itulah LIVING COSTS hari ni, itulah hakikat dan kenyataan perbelanjaan dapur, barang mentah si isteri…no way dan impossible dah kalau bagi RM50, pastu bila isteri kata tak cukup, kita anggap dia boros, tak pandai manage duit.

Barang-barang hari ni harganya tak murah ya wahai para suami…naikkan duit poket si isteri, duit belanja isteri seiring dengan keadaan dan situasi semasa…2022, nak BERJIMAT macam mana pun tak tahu dah.”

Sumber : Firdaus Shakirin