Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah. - Gambar FB

TIMBALAN Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah dilantik sebagai Naib Canselor UUM yang baharu.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar, pihaknya percaya Haim Hilman mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan berdasarkan segala pengalaman, pengetahuan dan krebiliti yang dimiliki olehnya.

“Semoga beliau dapat meneruskan kesinambungan UUM sebagai pusat kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan perundingan yang terkemuka dalam bidang pengurusan di dalam dan luar negara.

“Kita juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Datuk Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani atas segala sumbangan dan kepimpinan beliau menerajui UUM selama tiga tahun sejak 2018,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: KPT, UUM mudah cara urusan pelajar kemalangan di Caribbean

Hail Hilman,49, mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Strategik pada 2010 dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari University of Portsmouth, United Kingdom.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare