Pengguna PLUS boleh menggunakan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol sejak 15 januari lalu. GAMBAR: Abd Razak Aid

HARGA pelekat sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dijangka akan berubah memandangkan banyak maklum balas negatif daripada orang ramai terhadap perkara itu.

Menurut sumber seperti yang dilaporkan Free Malaysia Today, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersedia untuk membincangkan isu tersebut bersama PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch ‘n Go.

“Terdapat banyak rungutan orang ramai berhubung kos untuk beralih kepada penggunaan RFID.

“RFID dilekatkan pada bahagian luar cermin atau lampu hadapan. Masalahnya adalah pelekat RFID cepat lusuh serta boleh rosak selepas kerta dicuci beberapa kali,” katanya.

Baca artikel berkaitan: RFID: PLUS gandakan pasukan bantu pelanggan di plaza tol

Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran di akaun Facebook miliknya mempertikaikan mengenai harga pelekat RFID yang dijual RM35 sekeping.

Najib mendakwa, hal itu kerana kos untuk sekeping pelekat RFID adalah tidak melebihi RM1 sekeping.

“Jika tidak mahu beri percuma, turunkan harganya kepada RM5.

“Fokuslah pada perniagaan teras iaitu e-wallet. Bukan melalui keuntungan melampau melalui penjualan pelekat,” katanya.

________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en