BAGI pengguna komputer sejak dua dekad yang lampau pasti kenal dengan permainan ini. SOLITAIRE merupakan permainan popular yang dimasukkan oleh Microsoft ke dalam Windows sejak tahun 1990.

Tahukah anda siapa pencipta permainan ini?

Solitaire dibangunkan oleh seorang pelatih bernama Wes Cherry pada tahun 1989. Cherry menjadi pelatih di Microsoft pada tahun 1988. Ketika waktu terluang, dia saja-saja mencipta sebuah permainan untuk Windows.

Menurut Cherry, idea untuk membina Solitaire hadir ketika dia berada bosan. Ketika itu, tidak banyak permainan komputer berada di pasaran. Maka daripada situ dia mendapat input untuk mecipta sebuah permainan untuk komputer.

Wes Cherry, pencipta permainan Solitaire.

Cherry mengasaskan Solitare ini berdasarkan permainan kad dengan nama yang sama yang juga dikenali sebagai ‘klondike’. Ia direka supaya pemain menyusun semula kad-kad yang tidak teratur itu dengan mekanisme tarik dan letak (drag and drop).

Idea Cherry ini kemudian mendapat kelulusan Bill Gates dan Microsoft memasukkan permainan ini ke dalam Windows bermula tahun 1990. Malah, Bill Gates sendiri mengeluh sewaktu bermain Solitaire dan menganggapnya permainan yang sukar untuk dimenangi sewaktu awal ia diperkenalkan kepada bos Microsoft itu.

Antara sebab Solitaire diperkenalkan dalam Windows untuk menghilangkan kebosanan dan tekanan para pekerja. Tambahan pula permainan ini tidak memerlukan pekerja meninggalkan tempat mereka. Lagi satu, ia juga melatih penggunanya untuk membiasakan tangan menggunakan tetikus.

Permainan Solitaire.

Idea Cherry itu berjaya dan permainan Solitaire dikenali ramai di seluruh dunia. Selalunya, mereka yang mencipta sesuatu yang menjadi popular ini akan menjadi kaya raya. Adakah begitu dengan Cherry?

Tidak. Cherry tidak menerima sesen pun dari idea yang dibangunkannya itu, jauh sekali bayaran royalti.

Tapi, Cherry pun tidak kisah. Dia mencipta permainan itu hanya untuk menghilangkan kebosanannya. Kini, Cherry tidak lagi berkhidmat dalam dunia teknologi. Dia lebih senang menguruskan kebunnya sendiri.

Cherry tidak menerima sesen pun hasil ideanya membina Solitaire. Kini dia lebih selesa menguruskan kebunnya.

________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen