kek gula hangus

Kek gula hangus antara kek paling mudah untuk dibuat dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN
7 biji telur
375 gm gula
375 gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
200 gm susu pekat
200 gm marjerin | cairkan
375 gm gula hangus | cairkan bersama 3 cawan air

CARA MENYEDIAKAN

  1. Kisar gula bersama telur hingga hancur. Dalam mangkuk, campurkan adunan ini dengan marjerin cair, susu dan gula hangus. Pukul adunan ini hingga benar-benar kembang.
  2. Dalam mangkuk yang lain campurkan tepung bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik.
  3. Tuangkan adunan tadi kedalam mangkuk yang berisi tepung. Kacau rata hingga semua bahan sebati dan tidak berketul.
  4. Seterusnya tuangkan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180ºC selama 30 minit. Jika bahagian atas sudah masak tetapi ditengahnya masih cair tukar dan gunakan api bawah sahaja supaya kek masak sekata.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram