Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi kurma ayam kubis yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam | potong 14
2 biji kentang | belah 4
2 biji tomato | belah 4
2 tangkai cili hijau
5 helai kubis | potong nipis
2 labu bawang besar | potong 4 tanpa putus
5 sudu makan rempah kurma | campur sedikit air untuk dijadikan pes
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1/2 sudu besar air asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit gula merah
Minyak untuk menumis
1/4 cawan kerisik

BAHAN KISAR
3 cm halia
3 ulas bawang putih
15 ulas bawang kecil
4 biji buah keras

BAHAN TUMIS
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 bunga cengkih

CARA MENYEDIAKAN
1.Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan kacau hingga wangi.
2.Masukkan rempah kurma, kacau hingga pecah minyak.
3.Masukkan ayam dan kentang gaul rata hingga ayam agak layu.
4.Masukkan santan cair, santan pekat dan kerisik. Kacau rata.
5.Masukkan air asam jawa. Masak hingga mendidih.
6.Masukkan bawang besar, garam dan sedikit gula merah. Masukkan kentang dan tunggu sehingga empuk dan kuah agak pekat.
7 Masukkan tomato dan kubis. Kacau sebentar dan angkat.

Resipi: Rohana Abu Samah

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram