BARU-baru ini, pelakon terkenal Korea Selatan, Jeon So Min berkongsi menu diet hariannya kepada para peminat memandangkan dia adalah seorang yang menjaga tubuh badan demi kerjayanya.

So Min, 36, mendedahkan perkara tersebut menerusi Insta-Story di mana dia memuat naik gambar sepinggan kecil yang terdapat beberapa jenis sayur seperti cendawan, daun bawang dan asparagus untuk dijamahnya.

Malah, perkongsian ahli Running Man itu telah menzahirkan kerisauan para peminatnya dan pada masa yang sama kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh aktres itu untuk menjaga penampilan.

Untuk perkembangan terkini, So Min sedang sibuk dengan penggambaraan drama terbaru bertajuk ‘Show Window’ dan telah mencatat rating tertinggi di saluran A .