MALAYSIA membuka sempadan sepenuhnya mulai hari ini . - GAMBAR: Abd Razak Aid

TEMPOH kuarantin bagi rakyat Malaysia dan pemegang pas jangka panjang yang memasuki negara ini dikurangkan dari lima sehingga 10 hari, bergantung kepada status vaksinasi mereka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagi yang sudah menerima dos penggalak, mereka hanya perlu dikuarantin selama lima hari, manakala tujuh hari bagi mereka yang sudah lengkap divaksin (dua dos) tetapi belum menerima dos penggalak.

Katanya, mereka yang belum divaksin sepenuhnya pula perlu menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari sebaik pulang ke negara ini.

Beliau berkata, pengurangan tempoh kuarantin ini akan mula berkuat kuasa pada 24 Jan.

“KKM telah melaksanakan perintah pengasingan ke atas pengembara yang memasuki Malaysia dari luar negara termasuk warganegara, pemastautin tetap Malaysia, ekspatriat atau kor diplomatik, atau mana-mana orang asing lain yang dibenarkan oleh
Ketua Pengarah Imigresen.

“Perintah ini dikuatkuasakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19,” katanya pada sidang medianya.

Beliau juga berkata, sebagai langkah penambahbaikan proses kerja di pintu masuk antarabangsa (PMA), KKM turut membuat ketetapan seperti semua pengembara dari luar negara akan diberikan HSO digital.

Katanya, pengembara tidak perlu lagi dipakaikan gelang pengawasan biasa (merah jambu).

“Bagaimanapun bagi pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi dan dibenarkan menjalani perintah kuarantin di kediaman, mereka masih akan dipakaikan gelang pengawasan digital.

“Sementara itu, KKM juga bersetuju untuk mengeluarkan penggunaan pengimbas suhu daripada SOP,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram