ZAMAN sebelum kita dilekakan dengan gajet dahulu, salah satu benda popular untuk mengisi masa terluang adalah membaca komik. Punyalah kuat dominasi komik-komik dari Hong Kong ini sehingga ia bukan saja digilai kanak-kanak, remaja tetapi juga orang dewasa.
yang dilakukan oleh golongan anak-anak remaja bahkan yang sudah bekerja ialah membaca komik-komik Hong Kong.
Ketika itu, banyak negara dilanda demam komik atau manhua dari Hong Kong ini, tak terkecuali di Malaysia. Banyak siri-siri popular komik Hong Kong yang diterjemahkan ke dalam banyak bahasa di seluruh dunia, termasuk Bahasa Malaysia.
Antara judul-judul yang popular di Malaysia seperti Alam Perwira, Pedang Setiawan, Juara Wira dan banyak lagi. Ini antara komik Hong Kong yang pernah meletup di pasaran Malaysia suatu ketika dahulu.
PEDANG SETIAWAN / WIRA SAKTI
Ma Wing-Shing, nama yang amat popular dalam industri komik di Hong Kong. Inilah individu yang menghasilkan Pedang Setiawan, antara komik Hong Kong yang dianggap lejen di Malaysia.
Punya hebat Ma Wing Shing ini sehingga dia merupakan pelukis komik yang mempunyai dua buah filem yang diadaptasi daripada karya komiknya.
Bayangkan, punyalah popular komik Pedang Setiawan tu sampai ia diadaptasi ke dalam filem berjudul ‘Storm Raiders’ (1998), yang menceritakan kehebatan bertarung dua anak muda bernama Nip Fung dan Bou Jing Yue. Filem lakonan Aaron Kwok dan Ekin Cheng itu turut menang 4 anugerah dalam festival filem Hong Kong.
Lagi satu karyanya yang diangkat ke layar perak ialah komik ‘Chinese Hero’ yang diadaptasi ke filem dengan judul ‘A Man Called Hero’ (1999) lakonan Ekin Cheng dan Shu Qi. Komik ini berjudul Wira Sakti bila diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia.




JEJAK WIRA / ALAM PERWIRA
Kalau sebut siri Oriental Heroes mungkin tak ramai tahu, tapi bila dialih siri komik ini ke Bahasa Malaysia, judulnya ‘Jejak Wira’. Dah tentu ramai pernah layan komik ini. Lagi pula watak bersaudara Tiger Wong dan Dragon Long dalam cerita ini. Komik ini juga dibawa ke layar perak dengan penghasilan filem Dragon Tiger Gate lakonan Donnie Yen dan Nichloas Tse.
Pencipta komik ini ialah Tony Wong, atau nama asalnya Wong Jan Lung. Si Tony ini antara individu yang meletupkan senario komik Hong Kong dahulu. Malah, siri ‘Alam Perwira’ yang korang baca dulu tu pun adalah hasil karya si Tony ni. Ingat lagi tak watak Ji Fat dalam Alam Perwira yang membesar sehingga menjadi Maharaja China?



PENDEKAR LAUT
Siapa yang pernah layan komik Tiger Shark, atau ‘Pendekar Laut’ apabila komik ini diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia? Komik ni pernah meletup sehingga menjadi komik yang paling laris jualannya dalam senarai penerbitan komik di Hong Kong dahulu.
Di Malaysia pun turut terkena tempiasnya. Ramai penggemar komik ini siap melukis belang tarung pada wajah mereka. Ingat lagi tak?
Pencipta komik ini ialah Fat Leung atau nama sebenarnya Wan Yat Leung. Asalnya, Fat Leung ni merupakan pembantu kepada Ma Win Shing, pelukis komik Pedang Setiawan. Selepas itu, dia bergerak sendiri dan menghasilkan karyanya sendiri. Berbaloi lah dia buat sendiri sebab memang meletup komik Pendekar Laut tu.


JUARA WIRA / JENGKING MERAH
Siapa yang layan Juara Wira dan Jengking Merah? Hah, inilah pelukis komiknya bernama Hui King Sum. Asalnya dia ni bermula sebagai pembantu pelukis. Lepas itu dia mulakan karier sendiri dan jadi pelukis kepada adaptasi Street Fighter, permainan video terkenal. Dari sini membuka jalan untuk dia hasilkan komiknya sendiri.



________
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:
Facebook: https://www.facebook.com/utusantv
Twitter: https://twitter.com/UtusanTV
Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en
#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen