agar-agar cincau

Agar-agar cincau ini memang cukup sedap, sekali makan pasti nak lagi. Resipinya mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN
15 gm serbuk agar-agar
1 liter air
100 gm cincau hitam| potong dadu
1 tin susu cair
1 cawan gula pasir
Sedikit garam
Perisa pandan

CARA MENYEDIAKAN
1.Masak serbuk agar-agar sehingga ia larut. Masukkan gula dan susu cair. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu diwarnakan hijau dan tambah perisa pandan. Satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.
2.Sediakan acuan yang bersesuaian. Tuang sebahagian bancuhan hijau dan sejukkan. Bila sudah beku lorekkan atasnya dan tuangkan pula bahagian putih. Taburkan cincau yang dipotong dadu. Sejukkan.
3.Akhir sekali tuangkan sebahagian lagi bancuhan hijau tadi. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Resipi: Fauziah Abd Ghaffar


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram