sambal sotong

Bagi penggemar sajian sambal, resipi sambal sotong perkongsian Datuk Cef Ismail ini antara yang harus anda cuba. Jom lihat bahan dan cara penyediaan.

BAHAN-BAHAN
1 kg sotong
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
6 tangkai cili merah | kisar
250 gm cili kisar
40 ml air asam jawa
150 ml minyak masak
Garam secukupnya

BAHAN REMPAH
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk kayu manis
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar jintan manis

CARA MENYEDIAKAN
1.Sotong dibersihkan dan dituskan airnya. Kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit.
2.Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi. Kacau sebati.
3.Masukkan bahan rempah, cili kisar dan cili kisar. Tumiskan sehingga pecah minyak.
4.Selepas itu, barulah masukkan sotong tadi dan masukkan air asam jawa.
5.Masukkan garam secukup rasa

Resipi : Datuk Cef Ismail, Restoran Rebung.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram