Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin. GAMBAR: Abd Razak Aid

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin mengarahkan siasatan lanjut dibuat berhubung gambar didakwa hidangan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) berupa nasi putih dan kuah yang tular di media sosial.

Dr Radzi dalam satu hantaran di media sosial pagi ini menegaskan, beliau memandang serius dakwaan tersebut dan tidak akan berkompromi dalam hal melibatkan kebajikan murid.

“Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Tangkap layar hantaran media sosial berhubung dakwaan makanan RMT yang hanya berupa nasi dan kuah./ Gambar FB Dr Radzi Jidin.

Baca: Bantuan Awal Persekolahan RM150 diagih Isnin ini – Radzi

“Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terlibat.

“KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid,” katanya.

SSemalam, seorang pengguna Facebook memuat naik gambar makanan yang didakwa dibawa pulang cucu saudara dari sekolah.

Dalam hantaran itu, individu terbabit turut memuat naik gambar bungkusan nasi putih bersama kuah yang diberitahu cucu saudara kepada ibunya bahawa ia makanan RMT.

“Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak,” dakwanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram