lampu merah
Keadaan Perodua Myvi dan tangkap layar kemalangan membababitkan motosikal langgar lampu merah.

SATU rakaman kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal di satu persimpangan lampu isyarat dekat Parit Buntar yang tular semalam bukan kerana gadis tersebut mengejar kekasih seperti didakwa.

Menurut pemilik rakaman yang hanya mahu dikenali sebagai Syahir mengatakan, kemalangan itu berlaku Ahad lalu ketika dia bersama isterinya dalam perjalanan pulang dari sebuah pasaraya berhampiran.

Katanya, niat asalnya hanya ingin berkongsi rakaman kemalangan itu bagi mendidik orang ramai mengenai keperluan memasang perakam di dalam kereta.

“Niat saya hanya ingin berkongsi dan tak sangka boleh viral,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Rakaman kemalangan yang turut dikongsi di laman TikTok UtusanTV itu telah ditonton sebanyak 4.1 juta kali sejak ia dimuat naik semalam.

Dalam kemalangan itu kelihatan dua wanita menunggang motosikal gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat sebelum melanggar sebuah Perodua Myvi.

Baca artikel berkaitan: Pemandu Axia disondol Satria trauma, bimbang bayi dikandung selepas terlibat kemalangan

@utusantvofficial Semoga dipermudahkan urusan semua pihak terlibat. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Ditanya mengenai dakwaan pembabitan sebuah Perodua Alza berwarna merah yang turut didakwa melanggar lampu merah, dia mengatakan kenderaan itu tiada kaitan langsung dengan kemalangan tersebut.

“Tindakan perempuan tersebut adalah salah kerana melulu sehingga membahayakan keselamatan dia dan maknya. Yang saya boleh cakap, orang lain tak ada kena mengena dan Alza merah itu pun memang tidak langsung terlibat,” katanya.

Katanya, dia bersyukur semua yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Isteri saya trauma sikit sebab tengah sarat mengandung dan dijangka melahirkan bayi pada bulan Februari ini,” ujarnya.

Bagaimana pun cubaan UtusanTV untuk berhubung dengan penunggang motosikal tersebut masih belum berjaya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram