Lee Zii Jia menjulang trofi All England selepas berjaya menewaskan pemain no. 2 dunia, Victor Axelsen dalam aksi final Mac 2021.

APA nak jadi dengan badminton Malaysia.

Lepas satu, satu hal di luar gelanggang mewarnai sukan prospek emas Olimpik pertama negara.

Terbaharu, akibat meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Lee Zii Jia dilarang beraksi di kejohanan antarabangsa untuk tempoh dua tahun.

Seperti mana juga orang politik, alasan diberikan BAM ialah antaranya “demi negara”.

“Kami perlu mengambil keputusan sukar ini demi kepentingan negara dan akibat kewangan, setelah melatih pemain itu selama 11 tahun,” kata Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos pada sidang media di ibu negara hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Undang-undang BAM berkata, mereka tidak akan mendaftarkan Zii Jia untuk sebarang kejohanan untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 18 Januari lalu.

Katanya, BAM telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan juara All England 2020 itu selepas beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya pada 11 Januari.

“Bagaimanapun, Zii Jia tetap dengan keputusannya dengan mendakwa tidak tahan dengan tekanan berada dalam skuad kebangsaan dan gaya hidup rejimen di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

“Dalam salah satu perbincangan, beliau turut mengemukakan beberapa syarat yang kami tolak,” katanya.

Menurut beliau, syarat itu ialah mempunyai pasukan jurulatih dan kakitangan sokongannya sendiri, merancang kejohanannya sendiri dan mempunyai penaja sendiri.

Baca: Sah! Lee Zii Jia keluar BAM, ingin capai impian ikut rentak sendiri – Norza

Macam nak luruh jantung.. Tahniah Lee Zii Jia, All England milik Malaysia!!

Sementara itu, memetik laporan BERNAMA, BAM juga membuat keputusan untuk mengenakan tindakan kepada bekas juara remaja dunia Goh Jin Wei yang secara tiba-tiba meninggalkan BAM atas alasan kesihatan, dengan hukuman yang sama bermula 31 Oktober 2021.

Untuk bermain dalam sebarang kejohanan diiktiraf Persekutuan Badminton Dunia (BWF) seseorang pemain itu perlu didaftarkan menerusi persatuan badminton kebangsaan.

Bagaimanapun Jahaberdeen berkata, pada masa ini BAM tidak bercadang untuk mengenakan denda kepada kedua-dua pemain tersebut.

Jahaberdeen berkata pemain-pemain itu boleh membuat rayuan pada bila-bila masa, manakala pintu untuk mereka kembali kepada BAM juga masih terbuka.

Sebelum ini BAM telah menggantung pemain seperti Tan Chung Seang dan Toh Ee Wei kerana meninggalkan kem latihan negara. Bagaimanapun Ee Wei kemudiannya menyertai semula BAM.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram