Lempeng daging kisar

Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi lempeng daging kisar yang menyelerakan ini. Resipinya mudah dan semestinya sedap. Jom ikuti langkah demi langkah menyediakan juadah yang lazat ini.

BAHAN A
100 gm tepung gandum
3 tangkai daun bawang – potong halus
Air secukupnya
Sedikit garam

BAHAN INTI
200 gm sayur campur- celur
100 gm daging cincang
2 ulas bawang putih – cincang
3 ulas bawang merah – cincang
Sedikit minyak masak
Sedikit minyak bijan
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN

1. Satukan ke semua bahan A di dalam mangkuk besar. Bancuh hingga sebati. Panaskan kuali leper dan renjiskan dengan sedikit minyak, tuangkan sedikit bancuhan tepung dan ratakan.
2. Biarkan seketika dan balik-balikkan, agar lempeng masak sama rata. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
3. Untuk membuat intinya, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan pula daging cincang dan gaulkan rata.
4. Selepas itu, masukkan sayur campur dan minyak bijan.
5. Tambahkan garam secukup rasa dan masak hingga sebati. Angkat dan ketepikan.
6. Ambil sekeping lempeng, letakkan inti daging di atasnya.
7. Gulung lempeng dengan kemas.
8. Kemudian ikatkan dengan daun bawang. Sedia dihidang.

Resipi: Marhaini Mohmad Ashaari


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram