Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid./ Gambar Bernama

POLIS Perak sedia meminta Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, untuk menyiasat dakwaan kononnya wujud salah laku membabitkan Ketua Polis Daerah Manjung, berkaitan jenayah judi haram seperti tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Faridalathrash Wahid berkata siasatan itu perlu bagi mengenal pasti kesahihan maklumat yang ditularkan.

“Saya tidak dapat nak sahkan. Mungkin tindakan habis-habisan dia (OCPD) banteras judi itu memberi kesan. Mungkin sebab itu orang tidak suka. Kalau betul yang tular itu, saya buka kepada JIPS untuk menyiasat.

“Yang saya boleh sahkan, Polis Daerah Manjung mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti membanteras kegiatan haram seperti perjudian, pelacuran, kongsi gelap dan bitcoin.

“Kita sukar nak kesan maklumat tular kononnya anggota pegawai terlibat, jadi kena siasat jika betul,” katanya selepas menyampaikan Khutbah Jumaat bertajuk ‘Berwaspada Dengan Sindiket Penipuan’ dan menyertai menghadiri program ‘High Profile Policing’ di Masjid Jamek Al-Marbawi, Lubuk Merbau di Kuala Kangsar hari ini.

Mior Faridalathrash Wahid menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) tanpa istiadat, Sijil Penghargaan PJPN kepada pesara-pesara polis di Kawasan Lubuk Merbau, Kuala Kangsar hari ini./ Gambar FB IPD Kuala Kangsar.

Baca: Polis akan siasat dakwaan ADUN DAP minumannya dicampur dadah sebelum ditangkap – Ayob Khan

Beliau mengulas mengenai dakwaan sebuah akaun Twitter yang memaparkan gambar dan maklumat, kononnya Ketua Polis Daerah Manjung ACP Noor Omar Sappi terlibat dalam sindiket kedai judi.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram