Helmiey ketika menziarahi pusara adiknya.

SELEPAS 11 hari, keluarga pemandu Myvi kuning, Allahyarham Mohamad Haszaniza Sulong @ Zakaria, 27, masih berharap pemilik Toyota Innova hitam tampil bagi membantu siasatan kemalangan di Kilometer 91.1, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, pada 10 Januari lalu.

Abang mangsa, Helmiey Sulong @ Zakaria, 31, mengatakan sehingga kini masih tiada maklumat mengenai pemilik Innova tersebut bagi membantu siasatan pihak polis.

Katanya, kali terakhir pihak polis memaklumkan perkembangan mengenai kes tersebut adalah pada 15 Januari lalu.

“Ketua balai polis (Dungun) memaklumkan kes masih dalam siasatan, pemilik Toyota Innova belum ditemui,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Ujarnya, pihak polis memberitahu usaha sedang giat dijalankan bagi memperoleh rakaman kamera litar tertutup di kawasan berhampiran bagi membolehkan nombor plat kenderaan yang dicari dikenal pasti.

Tambah Helmiey, dia turut mencari alternatif lain dengan berkongsi rakaman video kemalangan tersebut ke laman-laman Facebook bagi membantu mencari pemandu Innova tersebut, tetapi sehingga kini belum membuahkan hasil.

“11 hari berlalu, tetapi belum ada hasil,” ujarnya dan berharap supaya kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Baca artikel berkaitan: Arwah pemandu Myvi kuning simpan hasrat untuk berkahwin, kata abang mangsa

@utusantvofficial Baru jelas nampak MPV memotong tak lepas, Myvi cuba elak sebelum terbabas. Salam takziah buat keluarga mangsa #alfatihah #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #fyp ♬ Ya Allah – Wali

Pada 10 Januari lalu, Mohamad Haszaniza maut dalam satu kemalangan berhampiran Air Hitam, Dungun selepas kereta yang dipandu terbabas sebelum merempuh kenderaan lain dari arah bertentangan.

Mangsa dikatakan cuba mengelak sebuah Toyota Innova yang memasuki laluannya dan Mohamad Haszaniza disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah.

Kata Helmiey, dia sekeluarga menuntut keadilan memandangkan ia melibatkan nyawa adiknya.

“Saya harap sangat kepada sesiapa yang ada berdekatan dengan tempat kejadian yang boleh saksi, tampil membantu,” luahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah yang dihubungi mengesahkan pihaknya masih menyisat kes berkenaan.

“Kes tersebut masih lagi dalam siasatan,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram