KERAJAAN perlu mengambil langkah untuk mengkaji semula kadar peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) berikutan kenaikan harga barangan mentah yang semakin tinggi ketika ini.

Langkah itu perlu dilakukan memandangkan ramai pembekal RMT mengeluh kerana hanya mendapat bajet yang kecil untuk mengusahakan makanan percuma tersebut.

Menurut Pemangku Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak, Datuk Rozalix Ediwahab, kadar peruntukan RMT ketika ini ialah RM2.50 untuk pelajar di Semenanjung dan RM3 bagi pelajar di Sarawak, Sabah serta Labuan.

“Peruntukan yang diberikan masih pada kadar lama sedangkan sekarang harga barangan makanan meningkat.

“Maka ini wajar dijadikan sebagai pertimbangan kerana ia secara tidak langsung turut menaikkan kos kepada pembekal RMT terutama bagi sekolah di kawasan di luar bandar dan pedalaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: RMT: Hanya nasi putih dan kuah, Dr Radzi arah siasatan lanjut

Rozalix berkata, peningkatan harga barangan mentah membuatkan kadar peruntukan yang diberikan kepada pembekal RMT menjadi tidak relevan.

Katanya, perkara itu membuatkan ramai pembekal RMT terkesan lebih-lebih lagi bagi sekolah luar bandar dan di kawasan pedalaman.

“Peruntukan yang mencukupi harus diberikan bagi memastikan makanan yang disediakan kepada pelajar berkualiti,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram