Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof. - Gambar FB Dr Mujahid Yusof Rawa

PELANTIKAN enam anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu pengurusan dan pengoperasian Lembaga Tabung Haji (TH) dari 2014 hingga 2020 dilihat sebagai pilihan yang tepat serta mampu memberi hasil siasatan yang adil dan saksama.

Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, beliau berpuasa hati dengan pemilihan enam anggota RCI tersebut yang disifatkannya mempunyai latar belakang berprofil tinggi.

Begitupun, beliau berkata, kerajaan sepatutnya lebih fokus kepada isu integriti yang lebih besar ketika ini seperti isu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dan Pandora Papers.

“Isu-isu integriti yang berlaku ketika ini lebih besar dan sepatutnya menjadi perhatian tetapi sehingga sekarang masih tiada suara ataupun desakan untuk menubuhkan RCI untuk menyiasat perkara tersebut.

“Saya melihat RCI Tabung Haji ini lebih bermotifkan politik. Banyak suara-suara tertentu yang mendesak penubuhan RCI ini.

“Begitupun, saya yakin dan sedia memberi kerjasama untuk membantu RCI ini kerana tiada yang perlu disembunyikan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rabu lalu, kerajaan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi penubuhan RCI Tabung Haji.

Seri Paduka juga memperkenan pelantikan enam ahli RCI termasuk bekas Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif sebagai Pengerusi.

Lima lagi ahli RCI ialah bekas Ketua Setiausaha Negara Samsudin Osman, Pengasas Kumpulan RHB Abdul Rashid Hussain, bekas Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad Mohd Munir Abdul Majid, Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Unishams) Profesor Asmadi Mohamed Naim dan Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Norsyahrin Hamidon.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram