Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Muhamad Rafii. - Gambar FB Mohd Razlan Rafii

SYARIKAT Touch ‘n Go perlu meneruskan pemberian pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) kepada orang ramai dan bukannya hanya memikirkan soal keuntungan semata-mata.

Cadangan itu dikemukakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Muhamad Rafii selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan pengguna jalan raya mesti diberi pilihan untuk pembayaran tol sama ada mahu menggunakan RFID, Touch ‘n Go atau SmartTAG.

Menurut Mohd. Razlan, syarikat TnG telah diberikan hak perniagaan perkhidmatan pembayaran dan boleh dikatakan tidak mempunyai sebarang pesaing lain.

“Kempen selama dua tahun dijadikan alasan untuk syarikat Touch ‘n GO mengenakan caj RM35.00 bagi setiap pelekat RFID sedangkan mereka boleh sahaja meneruskan kempen pemberian secara percuma.

“Sepatutnya pihak swasta tidak boleh membebani rakyat dengan memaksa mereka berpindah ke sistem RFID dengan tujuan mengaut keuntungan yang melampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: RFID: Kabinet putus pengguna perlu diberi pilihan untuk pembayaran tol – PM

Mohd. Razlan berkata, syarikat Touch ‘n Go perlu mendapatkan data statistik penggunaan di setiap plaza tol PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sebelum membuat keputusan untuk beralih sepenuhnya kepada penggunaan sistem RFID.

Katanya, peralihan untuk menggunakan sistem RFID boleh dilakukan sekiranya data menunjukkan pengguna SmartTAG adalah kurang daripada 10 peratus.

“Keputusan Perdana Menteri untuk meneruskan SmartTAG dan memberi pilihan kepada rakyat untuk memilih mana-mana sistem yang tersedia telah meredakan keadaan ketika ini.

“Dasar Perdana Menteri yang mementingkan keluarga Malaysia dan tidak berpihak kepada kapitalis melampau telah membuktikan bahawa rakyat terus dibela,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram