Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah GAMBAR: FB Selangor Royal Office

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita kerana segala sifat jujur, amanah dan ikhlas yang ada pada penjawat awam dahulu dilihat telah merosot.

Dalam hantaran di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office, baginda menyeru penjawat awam yang sedang berkhidmat untuk mencontohi pegawai perkhidmatan yang seangkatan dengan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Titah baginda, pegawai-pegawai perkhidmatan awam pada zaman itu mempunyai segala ciri-ciri yang diperlukan sebagai seorang penjawat awam.

Sultan Sharafuddin bertitah, ciri-ciri berkenaan adalah memiliki sifat-sifat integriti yang tinggi, berdedikasi, jujur dan ikhlas dalam melaksanakan segala tugas serta amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

“Baginda juga berkenan menasihati pegawai-pegawai kerajaan khususnya di Selangor agar dapat memberikan perkhidmatan yang baik dan profesional kepada rakyat dengan mengamalkan tahap kejujuran yang tinggi.

“Baginda akan mengingatkan warga perkhidmatan awam di Selangor agar menjalankan tugas dengan amanah, menjauhi amalan-amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta sentiasa peka kepada masalah yang dihadapi rakyat.

“Sultan Sharafuddin juga menggalakkan agar budaya suka menulis buku ditanamkan pada fikiran setiap pegawai perkhidmatan awam agar buku-buku yang dihasilkan dapat menyumbang kepada penambahan khazanah ilmu di negara ini khususnya di negeri Selangor,” kata kenyataan itu.

Baca artikel berkaitan: Rasuah sangat berbahaya, bala besar mesti dibanteras – Sultan Selangor

Sultan Sharafuddin bertitah demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran buku “From AS to AG – Reminiscence of a PTD Officer” karya Ambrin, semalam.

Turut berkenan berangkat ke majlis tersebut adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ambrin yang telah berkhidmat di peringkat kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri selama 46 tahun, pernah menyandang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dari 1999 hingga 2001.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram