Aimanhaq Zaharuddin menyampaikan sumbangan Infaq Pack kepada penghuni Madrasah Al-Hikmah, Jelebu, Negeri Sembilan, hari ini

WALAUPUN bergiat aktif dalam arena e-sukan negara, namun ia tidak menghalang Team Haq Esports Club merapatkan jalinan ukhwah bersama institusi keagamaan.

Jalinan itu termeterai menerusi kerjasama antara Team Haq Esports Club dengan organisasi Deep Faith dalam program ‘Faith Love Ta’awun’, hari ini.

Pengasas Team Haq Esports Club, Aimanhaq Zaharuddin berkata, Deep Faith merupakan sebuah organisasi yang menyebarkan cara hidup dan pemakaian harian positif dalam kalangan masyarakat.

Menurut beliau, program ‘Faith Love Ta’awun’ itu juga bertujuan merapatkan ukhwah antara pelajar tahfiz dan penganjur.

Pada masa sama, kata Aimanhaq, pek khas dinamakan Infaq Packs turut disumbangkan kepada pelajar tahfiz di Madrasah Al-Hikmah, Jelebu, Negeri Sembilan menerusi program tersebut.

“Infaq Pack yang diberikan ini mengandungi pelitup muka, sweat shirt, kit pertolongan cemas dan sanitasi tangan.

“Sejajar dengan visi program untuk menyantuni bakal ulama kiraams, Alhamdulillah kami berjaya menjalankan satu kerjasama dan berharap semoga pemberian infaq pack memberi manfaat kepada semua.

“Insya-Allah, saya juga berharap supaya kerjasama antara kami akan terus utuh untuk terus menyantuni penghuni-penghuni madrasah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: RM10,000 jadi rebutan Kejohanan MLBB THQ Stay At Home

Program tersebut turut disertai selebriti terkenal temrasuk Chong Ed dan Saharul Rizwan.

Sokongan daripada selebriti ini turut diharap dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang madrasah-madrasah yang terdapat di Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram