Gambar kenangan Yusuf Azmi bersama Ali.

Aktivis pengguna, Ali Salimin atau lebih dikenali sebagai Abang Ali yang dilaporkan meninggal dunia dalam satu kemalangan hari ini di Pagoh, dijangka dibawa pulang ke Ampang.

Menurut kemaskini terbaharu Yusuf Azmi sebentar tadi, beliau baru sahaja selepas urusan di Balai Polis Muar dan laporan mengenai kematian Ali akan diserahkan kepada Hospital Muar.

“Seterusnya, membuat ujian saringan COVID-19 (PCR) bagi membolehkan pihak hospital melakukan ‘post mortem’ ke atas jenazah Allahyarham Abg Ali,” kata Yusuf Azmin dalam hantaran Facebooknya kira-kira 50 minit yang lalu.

Katanya, semua urusan di hospital dijangka selesai menjelang pukul 12 tengah malam ini dan jenazah dijangka dibawa pulang ke Masjid Al Azim, Pandan Indah, Ampang.

“Jenazah akan segera dibawa pulang untuk disembahyangkan di Masjid Al Azim, Pandan Indah, Ampang (di antara jam 4-6pagi),” katanya.

Baca artikel berkaitan: Dr Mahathir sekali lagi dirawat di IJN

Tambahnya, jenazah kemudian akan dibawa ke Segambut untuk dikebumikan sesudah Subuh, esok.

“Didoakan semoga proses pengendalian jenazah dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Wallahualam. Dikesempatan ini, saya dan keluarga Semboyan Malaysia merakam ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Abg Ali”.

Gambar motosikal berkuasa tinggi milik Allahyarham yang berada dalam keadaan remuk tular di media sosial awal pagi hari ini.

Abang Ali yang sentiasa dikenali dengan raut wajah yang tegas, merupakan salah seorang individu penting yang memperjuangkan isu rakyat menerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan kini bersama Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram