Pegawai Kesihatan menyediakan suntikan Vaksin Covid 19 dos penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid 19, Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC), Shah Alam. GAMBAR: Abd Razak Aid

SERAMAI 160,310 individu dewasa di Malaysia menerima dos penggalak vaksin COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif dos penggalak diberikan kepada populasi berkenaan sebanyak 10,399,699 atau 44.4 peratus.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, seramai 22,914,736 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa telah lengkap menerima vaksinasi manakala 23,192,052 individu atau 99.1 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,779,564 individu atau 88.3 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,863,594 individu atau 91 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Statistik harian menunjukkan sejumlah 163,942 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 1,368 dos pertama dan 2,264 dos kedua, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 61,946,138 dos.

Sementara itu, menurut portal Github KKM, 16 kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan Selangor merekodkan empat kes, diikuti Sabah dengan tiga kes, masing-masing dua kes di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang manakala di Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur serta Perak masing-masing satu kes.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram