Tun Dr. Mahathir Mohamad. GAMBAR FAIL: Abd Razak Aid

TUN Dr Mahathir Mohamad sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menerima rawatan hari ini.

Bagaimanapun setakat ini belum ada maklumat terkini mengenai keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri itu.

Puluhan wakil media mula berada di IJN sejak tengah hari tadi sebaik mendapat maklumat berhubung kemasukan semula Dr Mahathir ke IJN.

Baca: Tun Mahathir dibenar keluar IJN, teruskan pemulihan di rumah

Berdasarkan laporan media, IJN akan mengeluarkan kenyataan rasmi petang ini mengenai kesihatan Ahli Parlimen Langkawi.

Pada masa smaa, beberapa media berbahasa Inggeris melaporkan Dr Mahathir dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU).

Ia berdasarkan pengesahan pejabat bekas Perdana Menteri itu.

Dr Mahathir, 96, sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Januari.

Lapor Bernama, pada 8 Januari, beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memohon rakyat mendoakan kesihatan bekas Perdana Menteri itu.

“Bersama kita doakan agar Allah sentiasa melindungi negarawan kita, @chedetofficial. We love u TUN M,” kata Faizal di Twitternya.

Berita lanjut menyusul.