Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KERAJAAN mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2022 (JPB 2022) bagi memastikan pelaksanaan sempurna bajet tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jawatankuasa itu berfungsi untuk memantau pelaksanaan dan prestasi inisiatif-inisiatif di bawah Bajet 2022 serta mencadangkan penyelesaian, intervensi dan perubahan polisi yang sesuai.

Katanya, proses pemantauan akan melibatkan kerjasama rapat dengan kementerian dan agensi pelaksana bagi memastikan penyaluran manfaat Bajet 22 dan penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan serta efektif.

“JPB 2022 juga akan meneliti tahap keberhasilan inisiatif-inisiatif di bawah Bajet 2022 dan akan mempertimbangkan semula jumlah peruntukan bagi inisiatif-inisiatif berkaitan sekiranya perlu.

“Pakar-pakar industri dan ‘subject matter experts’ akan dijemput menghadiri mesyuarat JPB 2022 untuk memberi maklum balas profesional jika sekiranya perlu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, menyentuh isu impak bencana banjir, Perdana Menteri menegaskan pelaksanaan agenda kelestarian juga telah diberi perhatian khusus dalam penyediaan Bajet 2022.

Ujarnya, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM450 juta bagi pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dan biodiversiti, serta penerbitan Sukuk Kelestarian bernilai RM10 bilion bagi mencapai strategi pembangunan mampan negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegra